Status
Assalamualaikum.. In mood nk buat GA.. Do follow me k?! btw, tahun ni iolls SPM.. So, maybe susah sikit nak update. Sorry, kalau lambat reply. xoxo ;))

♥My Kiut Miut Banner Collections♥


Busy with school activities.. will update about ga later.. wait kay?! ^^

Thursday 30 January 2014

My Best Friends Complete My Life...

안녕하세요 ! ^^
When u see at the tittle, maybe u'll confused. What does it's mean?
Kay,, macam ni maksud saya. Sesungguhnya, setiap orang ada kelemahan diri masing-masing dan sahabat berperanan sebagai penghapus kelemahan pelengkap.
My Weakness Characteristics  :
  • Saya ni seseorang yang mudah lupa.
  • Saya ni ....... *lupa nak tulis apa*
  • *ingat balik* Saya ni seseorang yang tak pandai dalam buat keputusan.
  • Kadang-kadang, saya ni seorang yang tak boleh nak cakap terus-terang dekat orang yang saya tak suka.
  • Saya senang diperbodohkan.
  • Saya tak pandai dalam memilih KAWAN.
  • Saya ni berhati lembut dan tak boleh ditegurkan.
  • Saya mudah terasa.
  • Saya senang menangis.
  • Saya ni, saya tu.. Banyak lagi la kelemahan saya ni. Btw, saya bagi tau kelemahan saya tak bermaksud saya lemah, ok?
My friends...
From left ; Yaya, K.Wa, Aja, Na, Uni (Saya) dan Ena
From left ; Mc Qin, Na dan Wani
K.Wa
K.wa ni macam mak kakak angkat uni dah. Uni selalu mengadu kat K.Wa. Pernah tu Kelmarin, Uni rasa nak menangis. *crying* First person, that in my mind at that time is K.Wa. Uni cepat2 cari K.Wa. Uni tunggu K.Wa yang tengah meeting. Meeting pun bersurai. Uni masuk kelas K.Wa, hug K.Wa and start crying. Wat malu je, nangis dalam kelas orang. Habis semua classmate K.Wa tengok. K.Wa cakap "Tak apa, nangis je". K.Wa tenangkan Uni. Pastu, Uni berhenti nangis coz malu gile kot semua orang tengok. Siap ada orang nyanyi lagu sedih dekat luar kelas. Uni pun cakap dekat K.Wa "K.Wa, Uni syukur sangat dapat saem supo K.Wa" a.k.a "K.Wa, Uni bersyukur sangat dapat kawan macam K.Wa".
Aja
Aja ni seorang yang boleh dikatakan happy go lucky la. Uni selalu cerita pasal crush Uni dekat Aja. Sebab dulu kitorang ada crush kat orang yang sama. hehe. Kalau Uni start nak crush kat seseorang, Uni akan cerita kat Aja. Kalau Uni dah tak minat kat orang tu pun, Uni akan cerita kat Aja. Aja kenal sangat dah dengan perangai Uni, jadi Uni tak boleh sorok pun pasal crush Uni. Sebenarnya, best jugak cakap crush kita kat sahabat kita coz kalau kita lambat update pasal crush kita. Sahabat kita akan tolong cakap. hehe.
[ Crush Oh Crush ]
Na
Na ni deskmate Uni dalam kelas. Uni selalu tak ingat tentang banyak perkara. So, Na selalu tolong ingatkan. Benda yang Uni tak tahu, Na akan cerita kat Uni. Uni dengan Na ni sahabat sejak sekolah rendah. Kitorang selalu balik sekolah sama-sama. Uni pun rapat juga dengan family Na.
Mc Qin
Kalau tengok balik gambar kat atas, comel kan tuan badan tu. Hihi. Uni memang tabik spring la kat Mc Qin. Totally, Uni dengki sangat dengan dia. Mc Qin ni, kalau dia tak puas hati kat seseorang tu, she will the truth. Damn, I  SO jealous with her courage.
Wani
Wani is a VERY VERY talkactive and happy go lucky girl. Dia classmate Uni yang selalu buat Uni ketawa sampai rasa nak terguling-guling atas lantai. Sehari tak bersama, memang rasa kehilangan la.
Honestly, I'm glad I met them in my life. The good and the bad. The good make me thankful, the bad make learn my lessons.
Apabila kita dalam kesusahan, baru kita tau siapa kawan dan siapa sahabat.
Walaupun, saya sumak bolok ada banyak kelemahan, diorang still nak kawan ngan saya. Thanks, kengkawan.
 I love you, my friends because Allah. 
p/s : Uni is my nickname, k?

Wednesday 29 January 2014

Sahabat vs Kawan

안녕하세요 !! ^^
*makan buah limau* Esok cuti raya cina.. Yeay.
The sad part is tak dapat jumpa crush kat sekolah.
The saddest part is homework bertingket-tingket macam cuti setahun.
정의 or definition..
Kenyataannya, masih ada lagi makhluk Allah yang masih tertukar maksud antara SAHABAT dan KAWAN.
Memang tidak dapat dinafikan, saya pun tergolong dalam golongan yang jahil tidak tahu.
SAHABAT adalah teman sehidup semati,
sanggup bersusah payah dan menempuh segala onak dan duri dalam hidup ini bersama kita.
SAHABAT seorang yang sangat memahami,
tidak hanya muncul di saat sahabatnya gembira,
tetapi tetap ada di sisi ketika kita sadis sedih.
SAHABAT juga bagi aku seorang yang akan memberi pendapat dan pandangan yang terbaik untuk sahabatnya dan tidak sanggup melihat sahabatnya sedih,
bagi saya nilai seorang sahabat umpama 1000 orang kawan.
KAWAN pula adalah seorang yang akan datang dan pergi dalam hidup seseorang
bila kita gembira atau ketawa kegembiraan
KAWAN akan muncul di sisi untuk sama-sama meraikan kegembiraan
tapi bila kita sedih dan terluka
KAWAN berlari meninggalkan kita keseorangan.
Apa yang penting apabila kita berkawan atau bersahabat kita perlu ikhlas dan jujur dalam perhubungan
jangan hanya mengharap kawan atau sahabat sahaja yang jujur dan ikhlas tapi kita pun kena  ikhlas dan jangan ada simpan cemburu pada kawan atau sahabat kita
setiap orang punya kelebihan dan kekurangan.

Saturday 25 January 2014

Crush Oh Crush!

안녕하세요 !!!
*terjoget-joget* *listening to 2NE1- Do You Love me*
My "Are You In Love Quiz" Result..
정의 or definision..
C.R.U.S.H?! Apa itu crush?!
Haha.. Crush tu bukan LANGGAR or RANGUP...
Mengikut kefahaman aku lah, CRUSH ni maksud dia macam kau suka kat seseorang atau minat lah..
Aku?! Tipu la kalau aku cakap aku tak ada crush.. So,, buat apa aku tulis entry pasal crush kan?! 
방법 or how?
Macam mana kita boleh crush  dekat seseorang tu?? 
Ask your heart la. Setiap orang ada taste masing2.. Kita tak berhak pun nak judge orang.. Macam "Eii.. Lelaki macam tu pun boleh dia minat" Allah ni maha adil tau.. Bayangkan kalau dia buat semua orang minat dekat orang yang sama.. Yang lain2 tu nak buang kat mana?
얼마나 or how much?
Saya ada ramai sangat crush.. 1..2..3..4..5..10..20..?! haha.. Tak ada la sampai macam tu sekali.. Saya rasa sekarang ni saya ada lebih kurang 4 orang crush.. 
방법 or how?
Macam mana nak hadapi crush kita? 
Haha.. Sebenarnya,, kita tak perlu risau pun sebab dia bukannya tahu pun kita minat dekat dia.. 
1.  BUAT SELAMBA or BUAT BODOH. Saya tahu dah korang ni memang pandai dalam bab berlakon ni. Bila selisih dengan crush, muka cool je.. Dalam hati *dup dap dup dap* macam baru lepas berlari dari Malaysia ke Korea.. haha..
2.  CAKAP DENGAN KAWAN. Saya selalu sangat buat macam ni. Kalau tak ada topik pun. Cepat2 cari topik. Tip ni berguna untuk buat kawan kita tak tahu kita minat dekat budak tu. Bayangkan, kalau kita terserempak dengan crush kita. Mestilah, kita akan tersengih-sengih. Kemungkinan besar kawan kita akan perasan. Jadi, kalau rasa mcam nak terserempak dengan crush.. Cepat2 berpura-pura cakap dengan kawan kita.
3.  MAIN-MAIN DENGAN TELEPON or PURA2 SEDANG BERMESEJ. Tip ni kalau korang berjumpa dengan crush korang dekat luar sekolah la.. Takkan la dekat sekolah nak main telefon.
4.   TUNDUKKAN PANDANGAN. Cara paling terdesak sangat2. Maybe sebab korang tak ada kawan untuk bercakap.
가외로 or Extra
Perkara yang korang tak boleh buat.. Jangan sekali-kali. Dalam drama korea je dibenarkan buat.. Hahaha..
Tak perlu lah, kau nak sengih2 macam kerang busuk depan dia. Pastu nak lambai2 buat muka monyet and kenyit mata macam EYE SORE. Sah2 nanti, crush korang fikir korang ni ada MASALAH MENTAL. Dia pun takut nak berselisih dengan korang.
My Crush.. haha.. Handsome tak?

p/s : Actually, I want to write this entry in English.. Because I'm a chairwoman in English Language Society of my school for this year. So,, I've to speak in English every week. I think if I write entry in English, it's may improve my English..      #BrokenEnglish

Monday 13 January 2014

DIY Running Man (Ripped) Name Tag

Annyeong!! Hari nie saya nak tunjuk cara2 nak buat name tag Running Man.
Anda perlukan :
  • felt putih dan hitam
  • jarum dan benang putih
  • gunting
  • gam
  • t-shirt
  • (unknown) haha.. Yg boleh cabut2 tu.. Peminat RM je yg faham.. hehe..

1. Mula2, gunting felt putih sebagai background name tag.. Saya punya lebih kurang 8 inci X 2.5 inci.
2. Then, gunting huruf2 tag nama pulak guna felt hitam.. Saya buat dalam hangul.. 이광수


3. Gamkan huruf2 pada felt putih (background).


4. Jahit (yg boleh cabut2 tu) pada tag nama.


5. Jahit pula (yg boleh cabut2 tu) pada t-shirt.


6. Dah siap !!!


Kalau tak faham, tengok video nie ---> [ 1 ]Kalau tak faham jugak,, sorry, maksudnya, saya tak pandai nak buat tutorial.

Monday 6 January 2014

Lee Kwang Soo Fan Meeting in Malaysia



4 Jan 2014 is a unforgetable day because Lee Kwang Soo had come to Malaysia.
I did not go ;'( 
Kwang Soo and Reuben Kang. Look at their height difference!
"Thank You Malaysia"-Lee Kwang Soo (via Twitter)
Kwang Soo and Malaysia's Police officer Feel Chok Cross ★★
Kwang Soo bended his knees so that he won't look too tall.

Lee Kwang Soo Fan Meeting Q & A



1.Q (Emcee to a fan) : Why do you like Kwang Soo?
A : Because he is so handsome!
Lee Kwang Soo (Embarrassed) : She is Liar!

2.Q: What food do you like the most in Malaysia?
A: ROTI CANAI!!

Those who did not go to Kwang Soo's fan meeting, LKSGlobal made a video for Kwang Soo and he cried when he saw it. Here's the link. --> [1]

Another video of Lee Kwang Soo Fan Meeting-->http://instagram.com/p/iwMDN0NI-h/

Friday 3 January 2014

K-POP Wishlist

{ Credit to K-POP Wishlist }

Gambar di bawah merupakan SEBAHAGIAN daripada K-Pop Wishlist saya.